Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label mangsa. Tampilkan semua postingan

Rabu, 01 Januari 2014

Bomoh Cina ditangkap kerana rogol beberapa mangsa

sinarharian
21 November 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penjaga tokong Cina berusia 50 tahun yang mendakwa kononnya boleh menurun untuk membuang sial dan menilik nasib ditahan selepas beberapa wanita mendakwa dirogol oleh lelaki berkenaan dalam beberapa kejadian berasingan sejak April lepas.
  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditahan di sebuah tokong di Taman Sri Damansara di sini, Isnin lepas, selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 20-an yang mendakwa dirogol September lepas.
  
"Dua lagi mangsa tampil membuat laporan yang sama pada April dan minggu lepas selepas didakwa dirogol oleh bomoh itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
  
Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah dengan membawa mangsanya ke rumah atau hotel untuk diberi rawatan sebelum mangsa diberi minuman yang dipercayai mengandungi dadah.
  
"Lelaki itu merogol mangsanya ketika sedang khayal," katanya sambil meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki tersebut supaya membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan.
  
Katanya, suspek yang positif dadah jenis mathamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan. - Bernama
Read More..

Rabu, 18 Desember 2013

Wartawan India Dikecam kerana Melaporkan Berita Sambil Digendong Mangsa Banjir

Rabu, 26 Jun  2013 
Foto ini diambil dari video yang diunggah ke   YouTube menampilkan ketika seorang wartawan televisyen India digendong seorang mangsa banjir ketia t melaporkan berita untuk stesyen televisyen  tempatnya bekerja. | YouTube/Sydney Morning Herald

NEW DELHI, KOMPAS.com - Seorang wartawan televisyen India mempertahankan keputusannya melaporkan banjir dahsyat di wilayah utara negeri itu sambil digendong seorang mangsa banjir.

Narayan Pargaeien, yang bekerja untuk stesyen televisyen lokal News Express, kepada web berita India, newslaundry.com mengatakan, semua kritik yang diarahkan kepadanya akibat insiden itu tidak adil.

"Orang mengatakan bahawa kami tidak berperi kemanusiaan dan salah. Namun kenyataannya kamu justru menolong sejumlah orang di sana," kata Narayan.

Narayan mengatakan bahawa laki-laki yang menggendongnya itu   memintanya naik ke pundaknya sebagai satu bentuk penghormatan.

Di televisyen jelas terlihat tubuh laki-laki itu bergoyang-goyang kerana menahan beban di pundaknya sambil berdiri di genangan air yang cukup dalam.

"Lelaki itu ingin melakukan sesuatu untuk menghormati saya kera na itu kali pertama seseorang sekelas saya datang ke kediamannya," kata Narayan.

"Jadi, sambil menyeberangi sungai dia menawarkan untuk menggendong saya, ketika saya melaporkan berita," lanjut Narayan.

Narayan juga menyalahkan sang cameraman kerana mengambil seluruh gambar yang menunjukkan dia duduk di atas pundak mangsa banjir. Narayan juga menuduh si cameraman mengunggah video itu ke internet.

"Saya seharusnya hanya dirakam dari dada ke atas. Ini sepenuhnya salah cameraman, yang ingin merosak karier saya dengan mengambil gambar dari kejauhan dan kemudian merilis video itu," tuduh Narayan.

"Saya juga salah. Itu adalah satu kesalahan yang saya buat dan waktu yang salah untuk mengambil gambar," tambah dia.

Setelah video itu diunggah ke   YouTube sejak Sabtu (22/6/2013), video ini sudah ditonton hampir 12,000 orang.
Sumber : AFP
Editor : Ervan Hardoko
Read More..