Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kerana. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Wanita ini bertukar jadi lelaki kerana ketagihan steroid
23 Okt 2013
Candice Armstrong dari England tumbuh alat kelamin lelaki sebab sering suntik steroid.
dailymail.co.uk ©2013
Merdeka.com - Wanita Inggeris ini, Candice Armstrong tumbuh alat kelamin dan semakin berotot serta berambut di bahagian dada. Dia ketagihan suntikan hormon steroid.
Surat khabar the Daily Mail melaporkan, Rabu (23/10).
Armstrong sebelumnya wanita cantik berambut perang kini terlihat maskulin. Apalagi kelaminnya tumbuh seperti penis mini sekitar tiga sentimeter. "Saya tidak berniat menjadi seperti ini pada awalnya," ujar dia.
Akibat kelebihan steroid pinggang Armstrong mengecil dan bahunya melebar persis lelaki. Perlahan buah dadanya rata dan lengannya berotot. Menurut dia terlambat baginya untuk berhenti menggunakan hormon itu.
Dia bahkan mengaku ketagihan. Padahal hormon ini berbahaya jika over dosis dapat menjadi raksasa. Selain itu dapat mengalami gangguan hati yang parah.
Minggu, 02 Februari 2014
Lebuhraya terpaksa dibina kerana sudah kritikal
Harakahdaily
| Harakahdaily, | 10 Sep 2012 |
"Walaupun ia di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, tetapi oleh kerana keperluan mendesak terutama di musim cuti dan perayaan, kita terpaksa berusaha untuk membinanya," kata Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyudin Hassan (gambar).
Beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Majlis Hari Terbuka PAS ditemui di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru semalam.
Menurut Takiyudin, yang merupakan seorang peguam, lebuh raya terletak di bawah senarai bidang kuasa kerajaan persekutuan iaitu di bawah Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Namun, oleh kerana ia tidak pernah dilaksanakan walaupun dijanjikan sejak sekian lama, kerajaan negeri Kelantan terpaksa memikul tanggungjawab ini.
Menurut beliau, kerajaan negeri pernah membawa perkara ini sehingga ke mesyuarat Majlis Kewangan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, namun ia tetap tidak bertinjauan.
Ketika ditanya Harakahdaily tentang cadangan BN Kelantan yang mahu memasukkan pembinaan lebuhraya ini dalam manifesto pilihanrayanya, Takiyudin menolaknya.
"Pembinaan lebuh raya, nak buat stadium dan selesaikan masalah air sudah menjadi manisfesto BN sejak sekian lama..ia cerita basi.
"Saya yakin rakyat Kelantan tidak akan termakan dengan janji palsu ini walaupun mereka kata janji ditepati," kata Takiyudin.
Bagi beliau, BN tidak melayan rakyat Kelantan dengan ikhlas.
"Mereka sepatutnya melayan rakyat Kelantan sebagaimana rakyat negeri lain bukan menganaktirikan mereka," katanya.
Kerajaan negeri, kata beliau, akan cuba melaksanakan pembinaan lebuh raya ini semampu mungkin.
"Buat permulaan ini kita akan lebarkan jalan yang ada, betulkan jalan yang bengkang bengkok dan seumpama.
"Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) selalu sebut, kalau kita tidak dapat buat semua jangan tinggal semua," kata beliau.
Rabu, 01 Januari 2014
Bomoh Cina ditangkap kerana rogol beberapa mangsa
sinarharian
21 November 2012
KUALA LUMPUR - Seorang penjaga tokong Cina berusia 50 tahun yang mendakwa kononnya boleh menurun untuk membuang sial dan menilik nasib ditahan selepas beberapa wanita mendakwa dirogol oleh lelaki berkenaan dalam beberapa kejadian berasingan sejak April lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki itu ditahan di sebuah tokong di Taman Sri Damansara di sini, Isnin lepas, selepas polis menerima laporan daripada seorang wanita berumur 20-an yang mendakwa dirogol September lepas.
"Dua lagi mangsa tampil membuat laporan yang sama pada April dan minggu lepas selepas didakwa dirogol oleh bomoh itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi lelaki itu ialah dengan membawa mangsanya ke rumah atau hotel untuk diberi rawatan sebelum mangsa diberi minuman yang dipercayai mengandungi dadah.
"Lelaki itu merogol mangsanya ketika sedang khayal," katanya sambil meminta wanita yang pernah menjadi mangsa lelaki tersebut supaya membuat laporan polis di mana-mana balai polis berdekatan.
Katanya, suspek yang positif dadah jenis mathamphetamine dan mempunyai dua rekod jenayah lampau bersabit dadah, ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan. - Bernama

Rabu, 18 Desember 2013
Wartawan India Dikecam kerana Melaporkan Berita Sambil Digendong Mangsa Banjir
Rabu, 26 Jun 2013
Foto ini diambil dari video yang diunggah ke YouTube menampilkan ketika seorang wartawan televisyen India digendong seorang mangsa banjir ketia t melaporkan berita untuk stesyen televisyen tempatnya bekerja. | YouTube/Sydney Morning Herald
NEW DELHI, KOMPAS.com - Seorang wartawan televisyen India mempertahankan keputusannya melaporkan banjir dahsyat di wilayah utara negeri itu sambil digendong seorang mangsa banjir.
Narayan Pargaeien, yang bekerja untuk stesyen televisyen lokal News Express, kepada web berita India, newslaundry.com mengatakan, semua kritik yang diarahkan kepadanya akibat insiden itu tidak adil.
"Orang mengatakan bahawa kami tidak berperi kemanusiaan dan salah. Namun kenyataannya kamu justru menolong sejumlah orang di sana," kata Narayan.
Narayan mengatakan bahawa laki-laki yang menggendongnya itu memintanya naik ke pundaknya sebagai satu bentuk penghormatan.
Di televisyen jelas terlihat tubuh laki-laki itu bergoyang-goyang kerana menahan beban di pundaknya sambil berdiri di genangan air yang cukup dalam.
"Lelaki itu ingin melakukan sesuatu untuk menghormati saya kera na itu kali pertama seseorang sekelas saya datang ke kediamannya," kata Narayan.
"Jadi, sambil menyeberangi sungai dia menawarkan untuk menggendong saya, ketika saya melaporkan berita," lanjut Narayan.
Narayan juga menyalahkan sang cameraman kerana mengambil seluruh gambar yang menunjukkan dia duduk di atas pundak mangsa banjir. Narayan juga menuduh si cameraman mengunggah video itu ke internet.
"Saya seharusnya hanya dirakam dari dada ke atas. Ini sepenuhnya salah cameraman, yang ingin merosak karier saya dengan mengambil gambar dari kejauhan dan kemudian merilis video itu," tuduh Narayan.
"Saya juga salah. Itu adalah satu kesalahan yang saya buat dan waktu yang salah untuk mengambil gambar," tambah dia.
Setelah video itu diunggah ke YouTube sejak Sabtu (22/6/2013), video ini sudah ditonton hampir 12,000 orang.

Sumber : AFP
Editor : Ervan Hardoko
Langganan:
Postingan (Atom)