Senin, 30 Desember 2013
Video Rakaman 2 Penjenayah Menyerang Jabatan Perdana Menteri Didedahkan

[Video] Rakaman 2 Penjenayah Menyerang Jabatan Perdana Menteri Didedahkan.
PUTRAJAYA, 10 Jun - Kejadian mengemparkan negara telah berlaku semalam apabila 2 orang penjenayah telah ditembak dalam cubaan untuk menceroboh Jabtan Perdana Menteri.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47 manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun. Polis masih menyiasat motif kejadian.-Kalam Pena/PjO
Berdasarkan maklumat diterima, penceroboh lelaki telah meninggal dunia akibat cedera ditembakan. Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.
Memetik laporan daripada Agenda Daily :
Suspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan. Suspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai. Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan suspek.anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh suspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
kedua-dua suspek telah dibawa ke hospital PUTRAJAYA dapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala suspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Suspek lelaki telah meninggal di hospital. Siasatan awal dapati suspek telah menggelarkan dirinya sebagai IMAM MAHADI manakala suspek perempuan masih menerima rawatan di hospital Putrajaya.-9/7/2012
[sumber]
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar