Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Rabu, 19 Februari 2014
Muslimat PAS arah ahli pimpinan sertai HKR 12 Jan
Harakahdaily
| Saidah Hairan, | 07 Jan 2013 |
Menurut beliau, himpunan aman itu amat penting bagi menyatakan hasrat rakyat untuk menuntut hak mereka supaya diadakan pilihan raya yang bersih dan adil pada Pilihan raya Umum ke-13.
"Kita mahu pastikan sebelum pembubaran parlimen tuntutan kita mesti ditunaikan termasuk senarai daftar pemilih yang bersih," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengatakan lapan isu yang dituntut ialah memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda; pendidikan percuma untuk rakyat; menuntut selamatkan kampung warisan dan kampung tradisi.
Tambah beliau, rakyat juga tuntut selamatkan Felda dengan pelbagai isu yang melanda; hentikan merancuni alam sekitar seperti projek Lynas dan Pengerang kerana ia memberi kesan pada alam sekitar dan kesihatan rakyat.
Katanya rakyat juga menuntut hak supaya kerajaan BN mengembalikan royalti minyak khususnya negeri yang berhak mendapatkan royalti serta pembebasan terhadap semua tahanan ISA.
Beliau menegaskan isu tersebut merupakan isu rakyat yang berkaitan dengan kepentingan rakyat maka seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mesti bangkit bersama-sama ke Stadium Merdeka.
"Kita menuntut hak kita sebab kita mahu perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan BN," tegasnya.
Himpunan tersebut tambah beliau bermula jam 2 hingga 5 petang tetapi seluruh rakyat perlu datang lebih awal bagi mengelak segala kemungkinan.
"Kita mahu pastikan sebelum pembubaran parlimen tuntutan kita mesti ditunaikan termasuk senarai daftar pemilih yang bersih," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang mengatakan lapan isu yang dituntut ialah memartabatkan bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda; pendidikan percuma untuk rakyat; menuntut selamatkan kampung warisan dan kampung tradisi.
Tambah beliau, rakyat juga tuntut selamatkan Felda dengan pelbagai isu yang melanda; hentikan merancuni alam sekitar seperti projek Lynas dan Pengerang kerana ia memberi kesan pada alam sekitar dan kesihatan rakyat.
Katanya rakyat juga menuntut hak supaya kerajaan BN mengembalikan royalti minyak khususnya negeri yang berhak mendapatkan royalti serta pembebasan terhadap semua tahanan ISA.
Beliau menegaskan isu tersebut merupakan isu rakyat yang berkaitan dengan kepentingan rakyat maka seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama mesti bangkit bersama-sama ke Stadium Merdeka.
"Kita menuntut hak kita sebab kita mahu perkara ini diberi perhatian oleh kerajaan BN," tegasnya.
Himpunan tersebut tambah beliau bermula jam 2 hingga 5 petang tetapi seluruh rakyat perlu datang lebih awal bagi mengelak segala kemungkinan.
Minggu, 16 Februari 2014
PAS gesa anak perantau pulang pertahan Kelantan
Dalam usaha menawan Putrajaya,PAS gesa anak perantau pulang pertahan Kelantan
Oleh Md Izwan dan Zurairi AR
May 02, 2013
May 02, 2013
Nik Aziz serta pemimpin-pemimpin yang lain melancarkan Jom PAKAT kelik ngundi di Kuala Lumpur, 1 Mei, 2013. – Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Dalam keghairahan berkempen menawan Putrajaya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anak perantau Kelantan di Kuala Lumpur supaya mempertahankan negeri Kelantan untuk terus diperintah parti Islam itu selepas pilihan raya 5 Mei ini.Mursyidul Am PAS itu juga berharap semua warga Kelantan pulang ke negeri tersebut pada hari mengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka dalam usaha untuk menawan Putrajaya.
Dalam ceramah yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru semalam, sebuah perkampungan Melayu bersejarah ditengah-tengah ibu kota, dua pemimpin utama Kelantan iaitu Menteri Besar sementara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Speaker dewan undangan negeri (DUN) Kelantan Datuk Nassuruddin Daud hadir bagi menyampaikan amanat.
“Kita akan mengundi pada 5 Mei, selepas mengundi kita akan membentuk kerajaan, dan bukan hanya kerajaan, tetapi berdasarkan ajaran-ajaran Nabi Muhammad saw ... Ingat ini supaya ia tidak menjadi sukar untuk anda kembali ke Kelantan,” kata Nik Aziz dihadapan ribuan orang ramai yang hadir semalam.
Selain kedua-dua pemimpin Kelantan itu, turut hadir adalah calon PAS bagi kerusi Parlimen Titiwangsa Ahmad Zamri Asa’ad Khuzami, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad dan pelakon Mustafa Kamal.
Nassuruddin menaikkan semangat majoriti warga Kelantan yang hadir dengan ucapan penuh bersemangat dengan menyatakan keyakinan Pakatan Rakyat (PR) semakin hampir ke Putrajaya, tetapi pada masa sama Kelantan perlu dipertahankan.
“Kalau tiket kapal terbang habis, naik kereta atau pun bas dan kalau tiket bas habis semua berpakatlah tumpang kereta kawan-kawan lain... kalau tidak ada juga, jalan kaki pun jalan kakilah.
“Yang penting kita pastikan negeri Kelantan dipertahankan dan ditadbir oleh parti Islam PAS,” kata Nassuruddin yang disambut dengan sorakan ribuan hadirin yang hadir.
Nassuruddin kemudiaan mengingatkan anak perantau supaya tidak terpengaruh dengan janji dan kempen oleh Barisan Nasional (BN), serta menuduh kerajaan pusat sebagai zalim kerana menindas rakyat di Kelantan terutamanya dalam pemberian royalti minyak.
Dalam pada itu, Nassuruddin juga mahu rakyat Kelantan kali ini menguburkan karier politik Datuk Ibrahim Ali di Pasir Mas kerana sudah mengkhianati parti Islam tersebut walaupun menang bertanding pada 2008 atas tiket PAS.
Sebelum itu, orang ramai yang hadir bersembahyang hajat dan bermunajat sementara menanti ketibaan pemimpin utama mereka ke majlis itu.
Kemuncak program semalam adalah bacaan ikrar yang diketuai oleh pelakon terkenal Mustafa, dimana dalam ikrar tersebut menyatakan janji untuk terus mengekalkan kerajaan Islam PAS terus diperintah dan mengamalkan prinsip negara Islam yang sebenar.
Negeri Kelantan adalah sinonim dengan PAS, dimana parti Islam itu telah memerintah negeri tersebut melalui dua tempoh panjang: 1959-1977, dan sejak 1990 hingga sekarang.
Lebih 1.3 juta kenderaan dijangka bergerak sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan semasa Pilihan Raya 2013, peningkatan sebanyak 20 peratus daripada 1.1 juta kenderaan pada hari-hari biasa.TMI
Minggu, 09 Februari 2014
MB Terengganu Tiada Hak Saman Adun PAS

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai hak di sisi undang-undang untuk meneruskan saman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari parti PAS dan tiga lagi berhubung sebuah artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di negeri itu. Hakim Datin Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal Syed Azman dan tiga defendan lain bagi membatalkan kerajaan negeri Terengganu sebagai pihak dalam saman tersebut.
Peguam Mohamed Hanipa Maidin memaklumkan media hakim itu memutuskan bahawa kerajaan negeri Terengganu tidak mempunyai locus standi bagi meneruskan saman tersebut. Pada 15 Dis tahun lepas, kerajaan negeri Terengganu dan Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said, serta dua peniaga iaitu Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.
Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit Harakah iaitu Datuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, sebagai defendan. Keputusan itu menyaksikan tiga lagi plaintif kekal dalam saman tersebut. Bagaimanapun, Mohamed Hanipa berkata Hakim Yeoh mengarahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan pada 30 Julai berhubung isu sama ada defendan kedua memfailkan saman itu dalam kapasiti peribadinya, atau sebagai Menteri Besar.
Beliau berkata hakim itu akan memutuskan isu tersebut pada 28 Ogos ini. Dalam penyataan tuntutan, plaintif mendakwa Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk "Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah? yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 Nov 2011.
reka juga mendakwa artikel itu membawa maksud kerajaan negeri dan Menteri Besar tidak telus dalam pemberian kontrak di bawah program bantuan sekolah di Terengganu.Sehubungan itu, mereka menuntut ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk serta ganti rugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah tersebut. - Bernama
Langganan:
Postingan (Atom)