Tampilkan postingan dengan label bekas. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014
Norish Karman Berhak Dapat 30 Peratus Nilai 3 Buah Kereta Mewah Bekas Suaminya

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengisytiharkan tiga daripada lima kereta mewah yang dituntut pelakon Norish Karman terhadap bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir sebagai harta sepencarian mereka.
Justeru Hakim Syarie Mohammad Adib Husain memutuskan Norish selaku plaintif berhak mendapat 30 peratus daripada nilai ketiga-tiga kereta itu mengikut nilai semasa ketika tuntutan harta sepencarian itu dibuat pada 2009.
Bagaimapun, mahkamah menolak tuntutan Norish terhadap tiga rumah termasuk sebuah banglo di Bangi dan pegangan saham di tiga syarikat yang bernilai lebih RM3 juta selepas mendapati tuntutan itu fasik dan rosak mengikut hukum syarak.
AKAN MENYUSUL
Sabtu, 21 Desember 2013
Bekas anggota Ruffedge perkosa anak tiri

AMPANG - Seorang bekas anggota kumpulan Ruffedge hari ini didakwa merogol anak tirinya berumur 14 tahun, Februari lalu.
Lelaki berusia 37 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Roszianayati Ahmad.
Dia yang memakai baju kemeja-T berwarna biru didakwa melakukan perbuatan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya, jam 9 pagi pada 9 Februari lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(d) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika disabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Dalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mangsa.
Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar diberi jaminan kerana dia perlu menyara kedua anak kandungnya.
Roszianayati kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak boleh tinggal serumah dengan mangsa dan tidak mengganggu mangsa.
"Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan menyerahkan pasport kepada mahkamah," katanya.
Mahkamah menetapkan 25 Januari depan sebagai sebutan semula kes.(sh)

Langganan:
Postingan (Atom)